- JBS Kelantan
- Hits: 32
Perhimpunan Bulanan JBSN Kelantan Dan Sesi Libat Urus Perkasa Komitmen Penjawat Awam
- JBS Kelantan
- Hits: 32
KOTA BHARU, 15 Mac 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bilangan 2/2026 serta Sesi Libat Urus yang menghimpunkan seluruh pegawai dan kakitangan jabatan di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu, Ahad lalu.
Majlis yang bermula tepat jam 9.00 pagi itu bertujuan memperkukuh penyampaian perkhidmatan, menyelaraskan gerak kerja jabatan bagi suku pertama tahun 2026, serta menjadi platform komunikasi dua hala antara pihak pengurusan tertinggi dan warga pelaksana. Sepanjang sesi berlangsung, beberapa agenda utama telah diketengahkan bagi memastikan hala tuju jabatan kekal relevan dengan keperluan semasa dalam bidang belia dan sukan, antaranya:
Amanat Kepimpinan yang menekankan kepentingan nilai integriti, akauntabiliti serta budaya kerja berprestasi tinggi dalam mendepani cabaran tahun 2026.
Tazkirah Ramadan: Memburu Lailatul Qadar yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz sebagai pengisian rohani sempena bulan Ramadan.
Perhimpunan ini bukan sekadar rutin bulanan, malah menjadi wadah penting dalam menyatukan warga jabatan serta memastikan setiap dasar kerajaan dapat disampaikan secara efektif kepada golongan sasar.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar, rakaman takbir raya serta aktiviti ‘kawah komuniti’ yang melambangkan semangat kebersamaan dan kesepaduan dalam kalangan warga JBSN Kelantan. Turut diadakan majlis iftar bersama keluarga di ruang padang KOMBES dan majlis berakhir dengan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah di Surau JBSN Kelantan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh :
Urusetia Bahagian Pembangunan Belia
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
