Mesyuarat penyelarasan penyertaan bagi Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026

KOTA BHARU, 16 MAC 2026 – Satu mesyuarat penyelarasan penyertaan bagi Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 serta SejaTi MADANI x Belia telah diadakan secara dalam talian hari ini. Mesyuarat ini dikendalikan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Timur.

Pengerusi mesyuarat, Puan Hasliza binti Mohd Zin, Pegawai Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur, menyatakan harapan agar program yang dijadualkan berlangsung pada 11 April 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pertubuhan-pertubuhan belia di seluruh negeri Kelantan.

Dalam sesi taklimat tersebut, turut diberi penekanan mengenai syarat-syarat kelayakan bagi pertubuhan belia untuk memohon dana SejaTi MADANI di bawah peruntukan Pejabat Pembangunan Persekutuan.

Turut hadir ialah Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, serta pegawai-pegawai penyelaras Bahagian Pembangunan Belia di Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan wakil Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK).

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq JohariMordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBSNegara belia.my

Disediakan oleh :
Urusetia Bahagian Pembangunan Belia
JaJabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search