- JBS Kelantan
- Hits: 30
Bengkel Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (KWAPEB) Tahun 2026 Fokus Kepada Sasaran KPI 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 30
Kuala Lumpur, 16 Mac 2026 - Bengkel Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (KWAPEB) Tahun 2026 melibatkan wakil dari 15 negeri bermula 11 Mac 2026 hingga 13 Mac 2026 yang lalu bertempat di Ideas Kuala Lumpur.
Objektif Program adalah membuat penyelarasan kemaskini status baki pinjaman KWAPEB; menyediakan laporan success story peminjam KWAPEB; penerangan mengenai sasaran KPI dan tadbir urus; dan penerangan mengenai prosedur dan penyediaan dokumen Hapus Kira.
Bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah Belia bersama Puan Nazatul Asma binti Ariffin, Pegawai Pembangunan Ekonomi (I) selaku pegawai penyelaras KWAPEB di JBS Negeri Kelantan.
Fokus kepada sasaran KPI pada tahun 2026, pengemaskinian status peminjam dan kaedah meningkatkan kutipan pinjaman sekaligus dapat mengurangkan baki Akaun Belum Terima (ABT) Jabatan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara @
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh :
Urusetia Bahagian Pembangunan Belia
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
