- JBS Kelantan
- Hits: 25
Belia Gua Musang Hayati Al-Quran: Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 25
Gua Musang, 11 Mac 2026 – Seramai 100 belia berumur 13 hingga 30 tahun telah menyertai Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Gua Musang 2026/1447H di Masjid Mutiara Hentian Gua Musang.
Program ini dianjurkan sebagai pengisian aktiviti bermanfaat sepanjang bulan Ramadan, termasuk tadarus Al-Quran yang berlangsung selama empat hari bermula 6 hingga 9 Mac 2026.
Kemuncak program adalah Majlis Khatam Al-Quran pada 10 Mac 2026 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Syahbudin bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas.
Program ini diharapkan dapat memupuk minat golongan belia mengimarahkan masjid, mengeratkan silaturahim, dan menanam kecintaan terhadap Al-Quran di kalangan generasi muda di Gua Musang.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
