- JBS Kelantan
- Hits: 25
Program Iftar Ramadan Warga Bangunan Persekutuan Gua Musang Meriahkan Semangat Kebersamaan
- JBS Kelantan
- Hits: 25
Gua Musang, 11 Mac 2026 – Satu Program Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Bangunan Persekutuan Gua Musang telah diadakan pada 9 Mac 2026 bertempat di Lobi dan Anjung Bangunan Persekutuan Gua Musang. Program tersebut melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi yang beroperasi di bangunan berkenaan.
Majlis ini diadakan bersempena bulan Ramadan yang mulia dan memberi peluang kepada warga Bangunan Persekutuan Gua Musang untuk berkumpul serta berbuka puasa secara bersama dalam suasana yang penuh mesra dan harmoni. Kehadiran setiap agensi turut memeriahkan program serta mencerminkan semangat kerjasama yang baik antara warga jabatan.
Penganjuran program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Bangunan Persekutuan Gua Musang selain memupuk semangat kebersamaan antara agensi yang beroperasi di bangunan tersebut. Di samping itu, program ini juga menjadi ruang untuk bersama-sama mengambil keberkatan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan.
Dalam majlis tersebut, Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Bangunan Gua Musang telah menyampaikan ucapan perasmian program. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan program seperti ini dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim antara warga jabatan serta menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan diharapkan dapat terus menjadi salah satu aktiviti tahunan bagi memperkukuhkan ukhuwah serta semangat kekitaan dalam kalangan warga Bangunan Persekutuan Gua Musang.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
