Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Di SM Sains Pasir Puteh Tarik Minat Pelajar Sertai Program Pembangunan Diri

PASIR PUTEH, 4 MAC 2026 – Satu sesi taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang pembangunan diri melalui program tersebut.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Emi Zurina binti Abd Aziz, Pembantu Belia dan Sukan yang menerangkan secara terperinci mengenai konsep, syarat penyertaan serta kelebihan menyertai ARPRM. Program ini merupakan platform pembangunan sahsiah dan kepimpinan remaja yang diiktiraf serta memberi nilai tambah kepada pelajar dari segi kokurikulum.

Dalam sesi penerangan tersebut, pelajar dimaklumkan bahawa ARPRM merangkumi empat komponen utama iaitu khidmat masyarakat, kemahiran,rekreasi fizikal, penjelajahan lasak. Program ini juga mempunyai tiga tahap pencapaian iaitu Gangsa, Perak dan Emas, yang perlu diselesaikan dalam tempoh tertentu mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Puan Emi Zurina turut menekankan bahawa ARPRM bukan sahaja menyeronokkan kerana melibatkan pelbagai aktiviti luar bilik darjah seperti ekspedisi, aktiviti sukarelawan dan pembangunan bakat, malah ia juga mampu membina keyakinan diri, daya tahan mental dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.

Program ini membantu pelajar membentuk disiplin diri, meningkatkan kemahiran komunikasi, memperkukuh kepimpinan serta memberi kelebihan dalam markah kokurikulum.
Diharapkan taklimat ini dapat membuka minda serta menarik minat lebih ramai pelajar untuk menyertai ARPRM sebagai satu langkah ke arah melahirkan generasi remaja yang holistik, berdaya saing dan berwawasan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search