- JBS Kelantan
- Hits: 15
TJFC Perkukuh Jalinan Kerjasama Bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 15
PASIR PUTEH, 4 MAC 2026 – Kunjungan hormat daripada kelab bola sepak tempatan, Tok Janggut FC (TJFC) ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Delegasi TJFC yang diketuai oleh Presiden kelab, Encik Maizu bin Mohamad bersama barisan tertinggi kelab telah disambut oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Pertemuan ini bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara pihak kelab dan pejabat belia dalam usaha memperkasakan pembangunan sukan khususnya bola sepak di daerah ini.
Dalam sesi temu murni tersebut, pihak TJFC turut berkongsi perkembangan terkini kelab termasuk pelaksanaan Mesyuarat Agong Tahunan yang telah berjaya diadakan baru-baru ini. Mesyuarat tersebut membincangkan hala tuju kelab, perancangan aktiviti serta usaha memperluaskan penyertaan belia dalam aktiviti sukan yang sihat dan berstruktur.
Encik Amreezal dalam ucapannya turut berkongsi maklumat berkaitan kemudahan, inisiatif serta kelebihan yang disediakan oleh Jabatan Belia dan Sukan termasuk peluang permohonan dana.
Diharapkan kunjungan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara TJFC dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh demi melahirkan lebih ramai belia aktif, berdisiplin dan cemerlang dalam bidang sukan di daerah ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
