Rakan Masjid : Rakan Ramadan Semarakkan Tadarus Di Surau Raudhatul Firdaus

PASIR PUTEH, 2 MAC 2026 – Program Rakan Masjid: Rakan Ramadan Peringkat Daerah Pasir Puteh kini sedang berlangsung dengan penuh penghayatan bermula 1 hingga 5 Mac 2026 bertempat di Surau Raudhatul Firdaus, Kolej Vokasional Pasir Puteh. Program berbentuk tadarus al-Quran ini menghimpunkan seramai 100 orang peserta dengan bimbingan 5 orang guru pembimbing yang berpengalaman dalam bidang bacaan dan tajwid.

Sepanjang lima hari pelaksanaan, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memastikan sesi tadarus berjalan secara lebih tersusun dan berkesan. Kaedah pelaksanaan adalah secara berperingkat, dimulakan dengan bacaan secara berkumpulan, semakan tajwid, pembetulan sebutan makhraj huruf serta penerangan ringkas maksud ayat bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap ayat-ayat suci al-Quran.

Program ini bukan sahaja memberi penekanan kepada kelancaran bacaan, malah turut menyemai semangat kerjasama, disiplin dan rasa tanggungjawab dalam kalangan peserta. Suasana surau yang dipenuhi alunan bacaan al-Quran menambahkan lagi keberkatan dan penghayatan Ramadan.

Program ini turut mengeratkan ukhuwah antara peserta dan menggalakkan remaja mendekati serta mengimarahkan institusi masjid.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform membentuk generasi muda yang celik al-Quran, berakhlak mulia dan cintakan masjid.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search