Tadarus Rakan Muda Ramadan 2026/1447H Pupuk Penghayatan Al-Quran Di SMK Jelawat

BACHOK, 16 Mac 2026 – Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Bachok Tahun 2026/1447H telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat dengan penyertaan seramai 20 orang peserta baru-baru ini.

Program yang memfokuskan kepada pengisian tadarus al-Quran ini bertujuan menyemarakkan bulan Ramadan melalui penghayatan dan pembacaan al-Quran secara berkumpulan di samping membentuk sahsiah serta memperkukuh nilai spiritual peserta.

Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah dibimbing oleh Ustazah Zaidah binti Zakaria yang memberi tunjuk ajar dari aspek tajwid, kelancaran bacaan serta kefahaman asas terhadap ayat-ayat yang dibaca. Suasana program berlangsung dalam keadaan harmoni dan penuh penghayatan, mencerminkan kesungguhan peserta dalam mendekatkan diri kepada al-Quran.

Turut hadir ialah Encik Abdul Aziz bin Noor, Penyelaras Program yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok. Beliau merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan serta menzahirkan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform pembangunan rohani belia di daerah Bachok.

Penganjuran program ini jelas membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan pengisian Ramadan melalui pendekatan yang bermanfaat dan berimpak positif kepada generasi muda.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan Oleh:
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search