- JBS Kelantan
- Hits: 11
Hayati Kalam Ilahi Dalam Tadarus Al-Quran Sempena Program Rakan Muda Ramadan Di KV Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 11
BACHOK, 16 Mac 2026 – Suasana penuh tenang dan keberkatan menyelubungi Surau Al-Muttaqin, Kolej Vokasional Bachok apabila Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Bachok Tahun 2026/1447H berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 40 orang pelajar baru-baru ini.
Program yang menampilkan pengisian utama tadarus al-Quran ini menjadi wadah penyatuan hati dan pengukuhan rohani dalam kalangan peserta sepanjang bulan Ramadan. Melalui pembacaan al-Quran secara berkumpulan, para peserta bukan sahaja memperbaiki kelancaran bacaan, malah turut memperkukuh penguasaan hukum tajwid serta penghayatan terhadap maksud ayat-ayat suci.
Program ini dibimbing dengan penuh dedikasi oleh dua tenaga pengajar berpengalaman, iaitu Ustazah Zubaidah binti Salleh dan Ustaz Tuan Abdullah bin Tuan Jaafar. Pendekatan yang sistematik, tersusun dan berfokus menjadikan sesi tadarus lebih teratur serta memberi impak yang signifikan kepada peserta.
Turut hadir menyerikan program ialah Encik Abdul Aziz bin Noor selaku Penyelaras Program yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok. Beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen pihak kolej serta kesungguhan peserta dalam menjayakan program berunsur kerohanian ini.
Pelaksanaan program ini mencerminkan iltizam berterusan dalam membina generasi belia yang berilmu, berakhlak dan berteraskan nilai-nilai al-Quran, selaras dengan aspirasi pembangunan belia di daerah Bachok.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan Oleh:
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
