40 Peserta IKTBN Bachok Bertadarus Sempena Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Bachok 2026/1447H

BACHOK, 16 Mac 2026 – Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Bachok Tahun 2026/1447H terus menyemarakkan penghayatan bulan mulia apabila berjaya dilaksanakan di Surau As-Salam, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok dengan penyertaan seramai 40 orang peserta baru-baru ini.

Program yang memfokuskan kepada pengisian tadarus al-Quran ini menghimpunkan para pelajar dalam suasana penuh ukhuwah dan penghayatan, selari dengan matlamat melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi jasmani dan rohani sepanjang bulan Ramadan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah dibimbing oleh Ustaz Nik Mohamad Zulhaniff bin Nik Yaacob yang memberikan tunjuk ajar berkaitan kelancaran bacaan, penekanan hukum tajwid serta galakan untuk memahami dan menghayati ayat-ayat suci yang dibaca. Pendekatan santai namun berfokus berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan bermakna.

Turut hadir ialah Encik Abdul Aziz bin Noor selaku Penyelaras Program yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok. Beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen peserta serta kerjasama pihak institut dalam menjayakan program ini.

Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan rohani belia melalui aktiviti yang bermanfaat, sekali gus menjadikan Ramadan sebagai medan pembentukan sahsiah dan pengukuhan nilai spiritual dalam kalangan generasi muda Bachok.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan Oleh:
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search