Bakat Peserta Azan Tanah Merah Terserlah Dalam Pertandingan Azan Program Rakan Masjid X Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026M/1447H

Tanah Merah, 16 Mac 2026 – Dua orang peserta dari daerah Tanah Merah berjaya mencatat kejayaan apabila masing-masing merangkul tempat ketiga dan saguhati dalam Pertandingan Azan Subuh dan Iqamah sempena Program Rakan Masjid X Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026M/1447H. Program ini telah diadakan pada 12 Mac 2026 yang lalu di Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Kelantan.

Pertandingan yang berlangsung dengan meriah itu menghimpunkan peserta dari pelbagai daerah di negeri Kelantan bagi memperdengarkan laungan azan serta iqamah dengan penuh penghayatan. Para peserta dinilai berdasarkan aspek kelunakan suara, tajwid, taranum serta keyakinan semasa memperdengarkan azan dan iqamah.

Kejayaan dua orang wakil dari Tanah Merah ini membuktikan bakat dan potensi anak muda dalam mengimarahkan syiar Islam melalui laungan azan. Saudara Muhammad Amsyar bin Amran telah berjaya memenangi tempat ke-3 bagi kategori 18-25 tahun sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100.00, goodies bag dari Yaya Empire dan sijil penyertaan. Manakala Saudara Fareez Haiqel bin Syafiq bagi kategori 13-17 tahun pula mendapat saguhati dengan membawa pulang goodies bag dari Yaya Empire dan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan atas pencapaian yang membanggakan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Imam Tua Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Ustaz Armin Zaharin bin Mamat bersama En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan En. Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search