- JBS Kelantan
- Hits: 21
40 Anak Muda Menamatkan Bacaan Al-Quran Bersama
- JBS Kelantan
- Hits: 21
KUALA KRAI, 17 Mac 2026 – Seramai 40 peserta dari Kolej Vokasional Kuala Krai telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Kuala Krai 2026 yang berlangsung di Surau Al-Hidayah, Kolej Vokasional Kuala Krai dalam suasana penuh penghayatan dan keberkatan.
Program ini merupakan antara inisiatif berterusan dalam menyemarakkan bulan Ramadan melalui penghayatan Al-Quran, di samping menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti keagamaan yang berimpak positif. Penganjuran program seumpama ini turut berperanan sebagai platform dalam memperkukuh ukhuwah serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zailani Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Kolej Vokasional Kuala Krai. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai atas kepercayaan menjadikan Kolej Vokasional Kuala Krai sebagai rakan strategik, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memperkasa pembangunan sahsiah belia melalui program berteraskan penghayatan Al-Quran. Turut hadir ialah Puan Syazana Safra binti Md. Sanusi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Penganjuran program ini diharapkan dapat diteruskan secara konsisten sebagai usaha melahirkan generasi belia yang berilmu, berakhlak serta cintakan Al-Quran, seterusnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
