Belia Semarakkan Ramadan Melalui Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan

RANTAU PANJANG, 12 Mac 2026 – Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan berlangsung dengan meriah di Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Pasir Mas bersempena 22 Ramadan 1447H dengan penyertaan kira-kira 1,000 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia dan komuniti setempat.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini berjaya menghimpunkan golongan belia serta masyarakat setempat dalam usaha mengimarahkan institusi masjid melalui pelbagai pengisian bermanfaat sepanjang bulan Ramadan.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Fazrul Azan bin Mohd Basari, Ketua Jajahan Pasir Mas. Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan; YB Zamakhshari bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan; Puan Yusnita binti Muhamed Yusoff, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kelantan; serta Puan Nadia binti Mat Isa, Pengarah Urusan Yaya Nadia Empire.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian menarik telah diadakan antaranya Pertandingan Tulisan Kaligrafi Khat, Pertandingan Hafazan Al-Quran serta Pertandingan Azan dan Iqamah. Program ini turut diwangikan dengan penglibatan Face of Yaya Empire, selain aktiviti agihan onde-onde kepada peserta dan pengunjung yang menambah kemeriahan suasana Ramadan.

Program ini juga mendapat sokongan daripada rakan artis tanah air, Ara Johari, yang menyokong usaha memperkasa program kerohanian belia serta menggalakkan penglibatan generasi muda dalam mengimarahkan institusi masjid.
Selain itu, usahawan terkenal Yaya Nadia Empire turut mengagihkan cenderahati serta duit raya kepada semua peserta sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap penganjuran program tersebut.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya menarik penyertaan belia dan komuniti setempat, di samping menyemai semangat kerohanian, ukhuwah serta nilai kesukarelawanan dalam kalangan peserta.

Penganjuran program ini diharapkan dapat terus memperkukuh peranan belia dalam mengimarahkan masjid serta melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi sahsiah, kerohanian dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Dakwah Islamiah Kelantan YADIM, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Yayasan Islam Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) , Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini demi memperkasa pembangunan belia di Negeri Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanMasjid #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang

Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search