- JBS Kelantan
- Hits: 11
Tadarus Al-Quran Sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 11
RANTAU PANJANG, 12 Mac 2026 – Suasana penuh keberkatan menyelubungi Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra apabila lebih 1000 peserta dari seluruh daerah di negeri Kelantan menyertai program tadarus al-Quran sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan peringkat negeri.
Program yang berlangsung dengan penuh semangat itu menyaksikan penyertaan amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan belia yang hadir bagi mengimarahkan bulan Ramadan melalui penghayatan al-Quran.
Para peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan bagi melancarkan perjalanan tadarus dan diketuai oleh seorang guru pembimbing. Setiap kumpulan diberikan tanggungjawab membaca sebanyak tiga juzuk al-Quran secara bergilir-gilir sehingga selesai.
Aktiviti tadarus tersebut bukan sahaja bertujuan menggalakkan amalan membaca al-Quran secara berjemaah, malah menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah antara peserta yang hadir dari pelbagai daerah di negeri ini.
Program anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini dilihat berjaya menarik minat masyarakat untuk bersama-sama menghidupkan masjid serta memanfaatkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian yang memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat.
Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh peranan masjid sebagai pusat pembangunan sahsiah dan pengimarahan aktiviti keagamaan dalam kalangan masyarakat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanMasjid #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
