- JBS Kelantan
- Hits: 11
Pertandingan Hafazan dan Kaligrafi Khat Semarakkan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 11
RANTAU PANJANG, 12 Mac 2026 – Pertandingan Hafazan Al-Quran dan Pertandingan Kaligrafi Khat telah berlangsung dengan jayanya sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, di sini hari ini.
Program anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini berjaya menghimpunkan penyertaan golongan belia dari pelbagai daerah di negeri ini bagi menonjolkan bakat serta kemahiran mereka dalam bidang hafazan Al-Quran dan seni khat Islam.
Pertandingan Hafazan Al-Quran menyaksikan para peserta memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan lancar serta penuh penghayatan di hadapan barisan juri yang berpengalaman. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A bagi peserta berumur 13 hingga 14 tahun yang melibatkan hafazan juzuk 1 hingga 3, manakala Kategori B pula bagi peserta berumur 15 hingga 18 tahun yang melibatkan hafazan juzuk 1 hingga 5. Penilaian pertandingan memberi penekanan terhadap aspek tajwid, kelancaran bacaan serta penghayatan ayat yang diperdengarkan.
Sementara itu, Pertandingan Kaligrafi Khat turut mencuri perhatian apabila para peserta mempamerkan kehalusan seni serta kreativiti dalam menghasilkan tulisan khat yang indah dan kemas. Setiap karya yang dihasilkan jelas mencerminkan keunikan seni khat Islam di samping menyerlahkan bakat serta potensi generasi muda dalam bidang kesenian Islam. Pertandingan ini dibuka kepada dua kategori iaitu bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.
Bagi kedua-dua pertandingan tersebut, hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang ialah wang tunai sebanyak RM200 bagi johan, RM150 bagi naib johan dan RM100 bagi tempat ketiga, selain menerima mock cek serta sijil penyertaan dan cenderahati Yaya Empire.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Imam Tua Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang, Ustaz Armin Zaharin bin Mamat bersama Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNK, En. Sazli bin Mahmood serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, En. Mazlan bin Mohd Ariffin.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanMasjid #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
