Pertandingan Azan Meriahkan Sambutan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Negeri Kelantan

RANTAU PANJANG, 12 Mac 2026 - Pertandingan Azan sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung hari ini bertempat di Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Yaya Empire melibatkan penyertaan golongan rakan muda yang berbakat dalam memperdengarkan laungan azan dengan suara yang merdu dan penuh penghayatan. Pertandingan tersebut diadili oleh empat orang juri yang berpengalaman dalam bidang taranum.

Pertandingan ini terbuka kepada dua kategori iaitu Kategori A berumur 18 – 25 tahun dan Kategori B berumur 13 – 17 tahun. Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai:
  Johan – RM200
  Naib Johan – RM150
  Tempat Ketiga – RM100

Selain itu, pemenang turut menerima mock cek, sijil penyertaan serta goodies tajaan Yaya Empire. Program ini bukan sahaja mencungkil bakat anak muda malah dapat melahirkan lebih ramai muazzin yang berkualiti.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Imam Tua Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Ustaz Armin Zaharin bin Mamat bersama En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan En. Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanMasjid #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search