- JBS Kelantan
- Hits: 11
Program Rakan Masjid X Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Tanah Merah Tahun 2026M/1447H
- JBS Kelantan
- Hits: 11
Tanah Merah, 11 Mac 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah menganjurkan Program Rakan Masjid X Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Tanah Merah Tahun 2026M/1447H pada 1 – 5 Mac 2026 yang melibatkan 3 buah Masjid dan Surau iaitu, Masjid Mukim Bukit Durian, Masjid Al-Mustaqim Alor Pasir dan Surau Al-Faizin Tanah Merah. Program ini melibatkan penyertaan golongan remaja dan belia berumur 13 hingga 30 tahun dengan tujuan menggalakkan mereka mendekati serta membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi melaksanakan sesi tadarus Al-Quran secara bergilir-gilir. Aktiviti ini turut dipantau oleh fasilitator yang membantu memperbetulkan bacaan sekali gus memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dengan lebih baik.
Penganjuran program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan belia yang menyertainya. Diharapkan melalui program seperti ini, lebih ramai golongan muda akan terus istiqamah dalam membaca dan menghayati Al-Quran serta mengimarahkan institusi surau dan masjid dengan aktiviti yang bermanfaat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
