- JBS Kelantan
- Hits: 35
Semarak Ramadan Bersama Rakan Muda
- JBS Kelantan
- Hits: 35
TUMPAT, 3 MAC 2026 - Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Tumpat secara rasminya telah bermula pada 1 Mac 2026 hingga 5 Mac 2026 bertempat di Masjid As-Somadi dan Surau Al-Falah, Geting dengan sambutan yang amat menggalakkan.
Majlis pembukaan berlangsung dalam suasana penuh semangat dan penghayatan Ramadan, melibatkan penyertaan seramai 110 orang peserta dan guru-guru pembimbing.
Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan melalui pengisian aktiviti kerohanian dan ukhuwwah dalam kalangan belia.
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada belia untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran, malah menjadi platform membina jati diri dan disiplin di kalangan peserta.
Semoga pelaksanaan program seumpama ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan belia dan menghayati amalan sunnah dengan mengimarahkan bulan Ramadan.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
