- JBS Kelantan
- Hits: 29
Sukan@Selasa Diteruskan dengan Aktiviti Indoor Games
- JBS Kelantan
- Hits: 29
KOTA BHARU, 11 Mac 2026 – Program Sukan@Selasa diteruskan lagi pada minggu ini dengan pengisian aktiviti indoor games bagi memberi peluang kepada peserta kekal aktif walaupun di bulan Ramadan.
Program yang berlangsung setia Selasa ini menghimpunkan penyertaan pegawai dan kakitangan ibu pejabat dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta PBSD Kota Bharu yang mengambil bahagian. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk permainan dam aji, karom, batu seremban dan ping pong. Penglibatan dan sokongan padu daripada Tn. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria serta Timbalan Pengarah (Sukan), En. Hazri Nizam bin Zakaria.
Penganjuran aktiviti indoor games ini bertujuan mempelbagaikan pengisian program Sukan@Selasa selain memastikan aktiviti dapat diteruskan. Pendekatan ini juga membantu mewujudkan suasana santai yang menggalakkan interaksi dan merapatkan hubungan dalam kalangan pegawai dan kakitangan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
