Program Iftar Perdana Belia Mahasiswa Kelantan dan Pelancaran Portal Belia Pro Kelantan

Kubang Kerian, 6 Mac 2026 - Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) dengan kerjasama MPP USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Iftar Perdana Belia Mahasiswa Kelantan dan Pelancaran Portal Belia Pro Kelantan bertempat di Dewan Utama USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian.

Program yang dihadiri hampir 600 orang belia dan mahasiswa dari seluruh negeri Kelantan telah dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Tuan Haji Jasri bin Kasim. Beliau juga turut melancarkan Portal Belia Pro Kelantan yang dibangunkan oleh MGBK yang akan menjadi platform utama untuk memperkasa masa depan kerjaya belia dan menyatukan potensi mahasiswa dengan peluang realistik dalam pelbagai bidang industri.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Zuryati binti Zakaria, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Kelantan, Professor Dato' Dr. Shaiful Bahari bin Ismail, Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian dan Puan Hajah Siti Norina binti Muhamad, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diwakili oleh Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah Belia dan Cik Wan Hasmalinda binti Wan Ishak, Pegawai Pembangunan Ekonomi.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif 

Taufiq Johari 
Mordi Bimol 
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara 
KBSMalaysia 
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia 
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search