- JBS Kelantan
- Hits: 26
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Beliawanis Halwanis Berlangsung Meriah
- JBS Kelantan
- Hits: 26
Kuala Krai, 10 Mac 2026— Mesyuarat Agung Tahunan Bilangan 6 Tahun 2026 Kelab Beliawanis Halwanis telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh meriah dan komitmen dalam kalangan ahli serta barisan jawatankuasa kelab.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Syazana Safra binti Md Sanusi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai. Dalam ucapan perasmian beliau, beberapa perkara penting telah ditekankan khususnya berkaitan penguatkuasaan had umur belia yang kini ditetapkan sehingga 30 tahun selaras dengan dasar kerajaan. Beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan had umur ini bertujuan memberi lebih ruang dan peluang kepimpinan kepada golongan belia untuk menerajui pertubuhan belia.
Selain itu, beliau turut menggalakkan penglibatan aktif belia di peringkat sekolah untuk mula berorganisasi dan membina kemahiran kepimpinan sejak awal. Menurut beliau, pembudayaan organisasi dalam kalangan pelajar mampu melahirkan generasi belia yang lebih berkeyakinan, berdaya saing dan bersedia memimpin masyarakat pada masa hadapan.
Mesyuarat tersebut turut membincangkan laporan tahunan aktiviti, pembentangan kewangan serta perancangan program bagi tahun semasa. Diharapkan Kelab Beliawanis Halwanis akan terus menjadi platform pembangunan sahsiah dan kepimpinan belia wanita di daerah Kuala Krai.
Disediakan oleh :
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#TeamPBSDKualaKrai
#BeliaPelapisMasaDepanNegara
