Lawatan Tapak Projek Naik Taraf Kemudahan Sukan Skala Kecil Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia

KUALA KRAI, 10 Mac 2026 – Lawatan Tapak bagi Projek Naik Taraf Padang Bola RPT Chenulang, bertempat di RPT KESEDAR Chenulang.

Puan Rosnani Binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai telah hadir bersama Encik Ab. Aziz bin Isa, Penghulu Mukim Chenulang dan wakil DUN Mengkebang bagi menilai keadaan semasa kemudahan tersebut serta mengenalpasti skop kerja yang diperlukan sebelum projek dilaksanakan.

Projek naik taraf ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada golongan belia dan penduduk setempat dalam menggalakkan aktiviti sukan serta memperkukuhkan semangat kesukanan dan perpaduan khususnya dalam komuniti RPT KESEDAR Chenulang dan seluruh masyarakat di Kuala Krai amnya.

Disediakan oleh :

Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#TeamPBSDKualaKrai
#BeliaPelapisMasaDepanNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search