- JBS Kelantan
- Hits: 23
Kemeriahan Iftar Perdana Semarakkan Ramadan Sempena Program Tadarus Al-Quran Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid Peringkat Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 23
Tanah Merah, 09 Mac 2026 – Bersempena Program Tadarus Al-Quran Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid Peringkat Daerah Tanah Merah, Masjid Mukim Bukit Durian, Gual Ipoh telah mengadakan Program Iftar Perdana.
Majlis yang berlangsung dalam suasana harmoni itu menghimpunkan penduduk setempat, belia serta kanak-kanak untuk berbuka puasa bersama-sama. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat serta menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan.
Sebelum waktu berbuka puasa, para peserta turut diisi dengan beberapa pengisian rohani seperti bacaan doa, tazkirah ringkas serta sesi tadarus Al-Quran. Aktiviti ini memberi peluang kepada para hadirin untuk menambah ilmu serta menghayati keindahan bulan Ramadan dengan lebih bermakna.
Penganjuran Program Iftar Perdana ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat setempat, di samping mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
