Indahnya Ramadan: Program Tadarus Al-Quran Sempena Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid Peringkat Daerah Tanah Merah Mengukuhkan Silaturahim Bersama Belia Setempat

Tanah Merah, 09 Mac 2026 – Masjid Mukim Bukit Durian, Gual Ipoh telah berjaya melaksanakan Program Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan bagi menggalakkan masyarakat khususnya golongan belia mendekatkan diri dengan Al-Quran sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Program tersebut melibatkan penyertaan belia dan penduduk setempat yang bersama-sama membaca serta menghayati ayat-ayat suci Al-Quran secara berkumpulan. Aktiviti tadarus ini bertujuan memupuk semangat cintakan Al-Quran, mengeratkan hubungan silaturahim serta mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat sepanjang Ramadan.

Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk memperbaiki bacaan Al-Quran melalui bimbingan fasilitator yang berpengalaman. Aktiviti seperti ini diharap dapat memberi manfaat kepada golongan muda serta meningkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai Islam sepanjang bulan Ramadan.

Secara keseluruhannya, penganjuran Program Tadarus Al-Quran sempena Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid Peringkat Daerah Tanah Merah ini berjaya mencapai objektifnya dalam mengimarahkan bulan Ramadan serta menggalakkan masyarakat mendekati Al-Quran sebagai panduan hidup.

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search