- JBS Kelantan
- Hits: 36
Majlis Iftar KESKOM di Pondok Darul Zainal Abidin Meriah dengan Kehadiran 30 Penghuni Madrasah
- JBS Kelantan
- Hits: 36
Kota Bharu, 8 Mac 2026 – Suasana penuh keberkatan dan kebersamaan dapat dirasai dalam Majlis Iftar yang diadakan di Pondok Darul Zainal Abidin, Melor. Majlis berbuka puasa tersebut merupakan tajaan bersama Kelab Senamrobik Komuniti (KESKOM), Qidam dan Onebee sebagai salah satu usaha menyantuni komuniti madrasah sepanjang bulan Ramadan.
Majlis berlangsung dalam suasana sederhana namun meriah dengan pengisian bacaan tahlil, majlis berbuka puasa bersama sebelum para hadirin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan diteruskan dengan solat sunat Tarawih secara berjemaah.
Mudir madrasah, Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Daud merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas sumbangan dan keprihatinan dalam menjayakan majlis tersebut. Beliau menyifatkan program seumpama ini mampu mengeratkan hubungan antara komuniti setempat dengan institusi pengajian agama.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Jamilah binti Nordin, Pengerusi Kelab Senamrobik Komuniti dan Puan Siti Hassiah binti Haji Hussin, Pegawai Kecergasan Nasional JBSNK yang hadir mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang memberi sokongan kepada usaha komuniti dalam menganjurkan program kebajikan dan kemasyarakatan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
