- JBS Kelantan
- Hits: 26
Tadarus Al- Quran Sempena Program Rakan Muda Ramadan Daerah Jeli Di Surau At- Takwa Sek Men Sains Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 26
JELI, 5 MAC 2025- Program Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Jeli 1447 H bersamaan 2025 M telah pun bermula pada 1 Mac hingga 5 Mac 2026 bersamaan 11 hinnga 15 Ramadhan 1447 H, di Surau yang terpilih iaitu Surau At Taqwa SM Sains Jeli.
Aktiviti yang dilaksanakan adalah Tadarus dan Khatam Al Quran yang melibatkan 100 orang belia dan beliawanis. Setiap Kumpulan akan membaca Al Quran dengan dipantau oleh seorang ketua kumpulan, selesai tadarus, majlis khatam Al Quran akan menyusul dengan bimbingan oleh seorang pembimbing.
Antara objektif program ini adalah melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al Quran dalam kehidupan seharian dan membudayakan amalan sunah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan ini.
Semoga dengan berlangsungnya program berbentuk keagamaan dan kerohanian ini akan dapat mendidik jiwa belia dan beliawanis tempatan untuk lebih menghayati bulan Ramadan seterusnya memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
