Iftar Ramadan Warga PBSD Tanah Merah: Mengukuhkan Silaturahim Keluarga

Tanah Merah, 05 Mac 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah mengadakan Majlis Iftar Bersama Keluarga sempena bulan Ramadan dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah.

Majlis tersebut menghimpunkan pegawai, kakitangan serta ahli keluarga masing-masing bagi mengeratkan hubungan silaturahim di samping menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan. Program ini juga memberi peluang kepada warga pejabat untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan sekerja dalam suasana yang santai dan harmoni.
Majlis seperti ini penting dalam memupuk semangat kebersamaan, memperkukuhkan hubungan antara warga kerja serta menghargai peranan ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan kepada pegawai dan kakitangan.

Penganjuran Majlis Iftar Pegawai dan Kakitangan bersama keluarga ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan lagi sambutan Ramadan dalam kalangan warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search