- JBS Kelantan
- Hits: 18
Sukan@Selasa Eratkan Ukhwah Warga JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 18
KOTA BHARU, 3 Mac 2026 – Program Sukan@Selasa anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah berlangsung di Dewan Malaysia JBSNK.
Program yang diadakan mendapat sambutan baik dan penuh semangat kesukanan ini menampilkan aktiviti indoor games seperti catur, karom dan congkak. Penyertaan yang menggalakkan dalam kalangan warga jabatan jelas menunjukkan komitmen terhadap amalan gaya hidup sihat walaupun dalam suasana berpuasa.
Aktiviti Sukan@Selasa pada bulan Ramadan bukan sahaja bertujuan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah, malah menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah dan semangat berpasukan sesama warga kerja. Malah ianya dapat mengeratkan semangat kerjasama, toleransi serta nilai sportiviti yang tinggi sekaligus memperkukuhkan hubungan silaturahim dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
