- JBS Kelantan
- Hits: 13
Lima Pegawai JBSNK Terampil dalam Penilaian SKM Tahap 3 Pelaksanaan Kerja Belia
- JBS Kelantan
- Hits: 13
Kota Bharu, 2 Mac 2026 – Seramai lima orang pegawai telah berjaya terampil dalam Penilaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi Profesionalisme Kerja Belia yang diadakan secara fizikal di Bilik Tamu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Sesi penilaian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkasa kompetensi dan profesionalisme pegawai belia selaras dengan standard yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Kelima-lima pegawai yang terlibat adalah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, En. Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pengurus KOMBES, En. Wan Abdul Rahman bin Hj. Wan Ismail, PBSD Tanah Merah serta Pn. Azma binti Yahya, PBSD Bachok yang telah melalui proses penilaian yang komprehensif meliputi aspek pengetahuan teori, kemahiran teknikal serta kecekapan dalam pelaksanaan program dan pengurusan aktiviti belia.
Penilaian ini memberi penekanan terhadap keupayaan calon dalam merancang, melaksana serta menilai keberkesanan program pembangunan belia secara sistematik dan berimpak tinggi, sekaligus membuktikan komitmen tinggi para pegawai dalam meningkatkan tahap profesionalisme dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada golongan belia di negeri ini.
Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai yang berjaya dan berharap pencapaian ini menjadi pemangkin kepada warga kerja lain untuk terus meningkatkan kemahiran serta kelayakan profesional masing-masing demi kecemerlangan organisasi dan pembangunan belia yang lebih mampan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
