Persediaan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026: Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Jajahan Pasir Mas

PASIR MAS, 4 Mac 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Jajahan Pasir Mas, Encik Fazrul Azan bin Mohd Basari, hari ini bagi menyampaikan jemputan perasmian Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang bakal berlangsung pada 12 Mac 2026 bertempat di Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang.

Delegasi kunjungan diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, bersama Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Mhd Sulayman bin Subrun. Turut serta ialah Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasri Mas, Puan Aliaa binti Wan Johan dan Pembantu Belia dan Sukan (Rakan Muda) Daerah Pasir Mas, Encik Mohd Faidhi bin Mohd Noor.

Dalam pertemuan tersebut, Encik Fazrul Azan telah diberikan taklimat terperinci mengenai objektif dan pengisian program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan. Selain itu, beliau turut dimaklumkan mengenai pelbagai perancangan program belia, sukan dan rakan muda yang bakal dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas sepanjang tahun 2026.

Pertemuan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada Ketua Jajahan sebagai tanda penghargaan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #RakanMasjid #RakanRamadan

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search