PBSD Bachok Dan Pertubuhan Belia Bachok Perkasa Tadbir Urus Belia Secara Dalam Talian

BACHOK, 3 Mac 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok bersama pertubuhan belia berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Timur telah menghadiri Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung secara dalam talian pada 12 Februari 2026 yang lalu.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuh kefahaman pemimpin dan pentadbir pertubuhan belia terhadap aspek tadbir urus, pematuhan perlembagaan, pengurusan kewangan serta pelaporan tahunan selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Encik Abdul Aziz bin Noor, Penyelaras Unit Rakan Muda PBSD Bachok serta Puan Siti Suryani binti Mohamad Razali, Pengerusi Majlis Belia Jajahan Bachok bersama barisan kepimpinan tertinggi pertubuhan belia.

Sepanjang bengkel para peserta telah diberi pendedahan terperinci mengenai amalan terbaik pengurusan organisasi, keperluan dokumentasi yang sistematik serta kepentingan integriti dalam pentadbiran pertubuhan. Penyertaan aktif daripada wakil negeri Terengganu dan Kelantan turut membuka ruang jaringan kerjasama strategik antara pertubuhan belia kedua-dua negeri.

Bengkel telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan harapan agar segala input dan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan secara menyeluruh demi memperkasakan lagi gerak kerja belia di peringkat daerah khususnya di Bachok. Komitmen berterusan PBSD Bachok dalam menyokong pembangunan organisasi belia jelas membuktikan kesungguhan dalam memastikan pertubuhan belia di daerah ini sentiasa bergerak secara profesional, berintegriti dan berdaya saing.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan Oleh:
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search