Sesi Penilaian Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Penentu Ketrampilan

BACHOK, 2 Mac 2026 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Puan Azma binti Yahya telah berjaya melepasi sesi penilaian Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi Penilaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Pelaksanaan Kerja Belia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang telah diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan semalam.

Pensijilan melalui kaedah PPT ini mengiktiraf pengalaman kerja, kemahiran serta kecekapan profesional yang telah diperoleh sepanjang perkhidmatan dalam bidang pembangunan belia. Penilaian merangkumi aspek pelaksanaan program, pengurusan aktiviti belia, kepimpinan komuniti serta keupayaan membangunkan potensi golongan muda secara berkesan.
Kejayaan ini membuktikan komitmen tinggi beliau dalam meningkatkan kompetensi profesional dan memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, khususnya golongan belia di peringkat daerah.

Pencapaian tersebut diharap boleh dijadikan inspirasi kepada pegawai lain untuk terus meningkatkan kemahiran serta kepakaran dalam bidang kerja belia disamping dapat memperkukuh usaha pembangunan belia yang lebih sistematik, berkesan dan berimpak tinggi demi melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berwawasan.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan Oleh:
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search