- JBS Kelantan
- Hits: 20
Rakan Muda Ramadan Bakal Menjengah Ke IKTBN Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 20
BACHOK, 2 Mac 2026 – Satu sesi perbincangan telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok bagi membincangkan pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Bachok 2026 baru-baru ini.
Program yang akan melibatkan seramai 40 orang peserta dan menumpukan kepada aktiviti tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan adalah bertujuan untuk memupuk amalan keagamaan serta semangat kerjasama dalam kalangan belia.
Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Encik Wan Rozaimie bin Wan Mamat, Timbalan Pengarah, Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Ketua Bahagian HEP IKTBN Bachok yang turut memberikan pandangan dan cadangan bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok telah diwakili oleh Encik Abdul Azizi bin Noor, Penyelaras Unit Rakan Muda.
Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Bachok 2026 diharapkan akan memberi manfaat kepada peserta dari segi peningkatan ilmu agama dan pembentukan sahsiah diri. Pihak IKTBN Bachok komited untuk terus menyokong pelaksanaan program seumpama ini bagi memupuk budaya kerohanian dan semangat belia yang positif.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
