- JBS Kelantan
- Hits: 15
Sesi Penilaian Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Bagi Penilaian Sijil Kemahiran Tahap 3
- JBS Kelantan
- Hits: 15
Tanah Merah, 02 Mac 2026 - Satu sesi pensijilan melalui kaedah Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 telah dilaksanakan bagi menilai tahap kompetensi pegawai dalam Profesionalisme Kerja Belia. Sehubungan dengan itu, En. Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah berjaya melepasi sesi tersebut yang telah diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Sepanjang sesi tersebut, para pegawai dinilai berdasarkan kemahiran, pengetahuan serta keupayaan melaksanakan tugasan mengikut standard yang ditetapkan. Penilaian ini memberi peluang kepada pegawai untuk memperoleh pengiktirafan rasmi melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 setelah memenuhi semua kriteria yang diperlukan.
Pensijilan ini bukan sahaja meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pegawai, malah memberi nilai tambah kepada mereka dalam pekerjaan serta pembangunan kerjaya yang lebih cemerlang.
Tahniah diucapkan semoga dengan kejayaan ini dapat memberikan inspirasi dan dorongan kepada pegawai dan kakitangan lain di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
