- JBS Kelantan
- Hits: 23
Sukan Merapatkan Jurang, Mengukuhkan Komuniti
- JBS Kelantan
- Hits: 23
Tanah Merah, 10 Februari 2026 – Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Ipoh Kali Ke-41 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan pada 9 hingga 10 Februari 2026 bertempat di Padang SMK Ipoh.
Kejohanan yang bermula seawal jam 7.45 pagi ini melibatkan penyertaan semua murid yang dibahagikan kepada lima rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana, Bendahara dan Syahbandar. Pelbagai acara dipertandingkan termasuk larian, lompat jauh, lontar peluru dan banyak lagi acara yang berjaya menceriakan suasana sepanjang kejohanan.
Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh En. Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan sukan dalam membentuk sahsiah, disiplin serta semangat kerjasama dalam kalangan murid.
“Kejohanan seperti ini bukan sahaja melahirkan atlet yang cemerlang, malah membina jati diri murid agar lebih berdaya saing dan berkeyakinan,” katanya.
Kejohanan ini juga menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan murid bagi mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
