- JBS Kelantan
- Hits: 27
Majlis Bacaan Ikrar Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 Peringkat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 27
Tanah Merah, 02 Februari 2026 – Majlis Bacaan Ikrar Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 Peringkat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya oleh seluruh warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.
Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu undang-undang di Malaysia yang bertujuan untuk melindungi maklumat rasmi kerajaan daripada didedahkan atau disebarkan secara tidak sah. Akta ini mengklasifikasikan dokumen, maklumat, dan perkara rasmi tertentu sebagai rahsia rasmi, dan sesiapa yang mendedahkan maklumat tersebut tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berat.
Lafaz ikrar tersebut telah diketuai oleh Encik Hazri Nizam Bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan diikuti oleh semua warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
