- JBS Kelantan
- Hits: 17
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Machang Terima Kunjung Hormat Majlis Belia Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 17
MACHANG, 25 Februari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang hari ini telah menerima kunjung hormat daripada Majlis Belia Daerah Machang dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di pejabat berkenaan.
Delegasi Majlis Belia Daerah Machang yang diketuai oleh Saudara Muhammad Firdaus bin Zulkepli, Yang Dipertua bersama barisan kepimpinan sesi semasa telah disambut oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang serta warga kerja pejabat. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta membincangkan hala tuju dan perancangan program pembangunan belia di daerah Machang.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk penyelarasan aktiviti belia peringkat daerah, pelaksanaan program berimpak tinggi, pembangunan kapasiti kepimpinan belia serta pengukuhan jaringan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia.
Pihak Majlis Belia Daerah Machang turut menyatakan kesediaan untuk menjadi rakan strategik yang proaktif dalam memastikan agenda pembangunan belia di Machang dilaksanakan secara tersusun, inklusif dan berkesan.
Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan sesi fotografi sebagai simbolik kepada jalinan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
belia.my
