- JBS Kelantan
- Hits: 28
Kunjung Hormat YADIM Kelantan Ke JBSNK Perkukuh Jalinan Strategik
- JBS Kelantan
- Hits: 28
KOTA BHARU, 25 Februari 2026 – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kelantan hari ini mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang berlangsung di Bilik Tamu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah YADIM Kelantan, Pn. Yusnita binti Muhamed Yusoff dan disambut oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria.
Hadir sama dalam sesi pertemuan ialah barisan pengurusan tertinggi JBSNK iaitu En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Pn. Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) serta En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Kunjungan hormat ini bertujuan menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat antara YADIM dan JBSNK di negeri Kelantan, di samping membincangkan potensi penganjuran program serta sebarang bentuk aktiviti kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan secara bersama pada masa akan datang.
Pertemuan tersebut turut membuka ruang perbincangan berkaitan usaha memperkasa pembangunan belia melalui pendekatan dakwah dan kesukarelawanan, selaras dengan peranan kedua-dua agensi dalam membentuk generasi muda yang holistik, berdaya saing dan berakhlak tinggi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
