- JBS Kelantan
- Hits: 20
Kejohanan E-Sukan Tertutup Kelantan Kembangkan Bakat Dalam Dunia Digital
- JBS Kelantan
- Hits: 20
Tumpat, 23 Februari 2026 – Kejohanan E-Sukan Tertutup Kelantan menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Februari 2026 dan 17 Februari 2026 secara dalam talian dan fizikal di Dewan Teratai, Pantai Sri Tujoh menarik penyertaan 180 orang pemain muda dan pencinta permainan video dari pelbagai komuniti dan peringkat umur.
Program ini dianjurkan oleh Kelab Belia Wira Berjaya (Wijaya) bertujuan memupuk bakat belia dalam bidang e-sukan, membina semangat kerjasama berpasukan serta memberi pendedahan kepada peluang kerjaya dalam industri permainan digital.
Sepanjang kejohanan, peserta bersaing dalam permainan Mobile Legend dengan penuh semangat dan strategi yang hebat. Pertandingan ini bukan sahaja menguji kemahiran teknikal malah menggalakkan disiplin, fokus dan daya tahan mental dalam suasana kompetitif yang sihat.
Kejohanan diakhiri dengan penyampaian medal dan wang tunai oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat kepada para pemenang serta peserta sebagai simbol pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen mereka sepanjang pertandingan.
Kejohanan E-Sukan ini membuktikan bahawa teknologi boleh dimanfaatkan untuk membentuk bakat belia secara positif. Harapan agar aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan menjadi platform untuk belia mengembangkan minat dan kemahiran mereka dalam dunia digital.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
