Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 16 Tahun Terbuka Kelantan 2026 Cungkil Bakat Baru

Tumpat, 22 Februari 2026– Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 16 Tahun Terbuka Kelantan 2026 menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Februari 2026 bertempat di Padang Tambun Dalam Rhu dan Padang KTMB Tumpat menghimpunkan 16 pasukan dari pelbagai kelab sukan tempatan.

Program anjuran Kelab Bola Sepak Perkasa Desa Kedai Geting ini bertujuan mencungkil bakat bola sepak di kalangan remaja, membentuk semangat kerjasama berpasukan, disiplin, dan daya saing yang tinggi.

Sepanjang kejohanan berlangsung, perlawanan sengit dipamerkan oleh semua pasukan dengan pemain menunjukkan kemahiran teknikal, strategi permainan dan semangat juang yang tinggi. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan sukan kompetitif, tetapi juga platform untuk membina hubungan silaturahim antara peserta.

Kejohanan diakhiri dengan penyampaian piala, medal dan wang tunai kepada pasukan pemenang dan semua peserta sebagai penghargaan terhadap usaha dan semangat kesukanan mereka sepanjang kejohanan. Turut hadir ialah Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
Penganjuran seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan untuk terus menggalakkan penyertaan belia dalam sukan.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search