Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Pupuk Semangat Kesukanan

Tumpat, 22 Februari 2026 – Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Februari 2026 di Padang Turf, Jaa 69, Pauh Sembilan, Bachok menarik penyertaan sebanyak 17 pasukan dari komuniti tempatan.

Program anjuran Kelab Anak Muda Bandar Tumpat ini bertujuan memupuk bakat bola sepak dalam kalangan belia, membina kerjasama berpasukan, disiplin dan semangat kesukanan.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta menunjukkan semangat juang yang tinggi, kemahiran teknikal, dan strategi permainan yang mantap. Kejohanan ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pasukan dan komuniti setempat.

Kejohanan diakhiri dengan penyampaian piala, medal dan wang tunai kepada pasukan pemenang serta semua peserta sebagai simbol pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen mereka sepanjang kejohanan. Hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ialah Puan Mimi Marini binti Mahmood.

Kejohanan seperti ini penting untuk memberikan pengalaman berharga kepada belia, membentuk karakter positif dan menyemai semangat kesukanan yang sihat.

Diharapkan penganjuran seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan lebih ramai belia cergas dan berdaya saing.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search