Kejohanan Bola Tampar Pantai Peringkat Negeri Kelantan Berlangsung Meriah

Tumpat, 22 Februari 2026 – Kejohanan Bola Tampar Pantai Peringkat Negeri Kelantan menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) telah berlangsung dengan meriah pada 17 Februari 2026 di The Rhu Beach Resort, Geting menghimpunkan 16 pasukan dari pelbagai daerah untuk menunjukkan bakat dan semangat kesukanan yang tinggi.

Program ini dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Bandar Tumpat dengan tujuan memperkasa sukan serta mengeratkan hubungan antara komuniti melalui aktiviti sukan sihat dan menyeronokkan.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta terlibat dalam perlawanan sengit tetapi penuh semangat kesukanan. Aktiviti ini turut menarik kehadiran pengunjung dan keluarga yang hadir bagi memberi sokongan, menjadikan suasana lebih meriah dan interaktif.

Kejohanan diakhiri dengan penyampaian medal dan wang tunai oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat kepada pemenang dan semua peserta sebagai simbol penghargaan terhadap usaha dan komitmen mereka sepanjang kejohanan.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search