Rakan Muda Ramadan Daerah Bachok 1447h Bakal Menjadi Medan Membina Jiwa Dan Jati Diri Generasi Belia Masa Depan Bachok

BACHOK, 16 Februari 2026 – Bahang Ramadan kian terasa apabila perancangan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Bachok Tahun 2026 kini memasuki fasa akhir persiapan. Program yang bakal berlangsung pada minggu pertama Ramadan ini dilihat sebagai platform penting dalam memperkasa sahsiah, kerohanian serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia dan pelajar.

Sebagai langkah penyelarasan awal, satu pertemuan strategik telah diadakan bersama pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat pada 11 Febuari 2026 yang lalu. Pertemuan bersama Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Yusoff, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan Jawatankuasa yang mewakili pihak sekolah manakala Encik Abdul Aziz bin Noor mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok telah menunjukkan hasil yang positif khususnya dari segi sokongan penyertaan pelajar, penyediaan fasiliti serta penglibatan guru sebagai pemudah cara aktiviti. Pihak sekolah menyatakan komitmen penuh dalam memastikan program ini memberi manfaat maksimum kepada pelajar.

Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan malah menjadi medium membentuk generasi muda yang berdisiplin, berakhlak mulia dan prihatin terhadap masyarakat. Dengan sokongan padu rakan strategik serta komuniti setempat, Program Rakan Muda Ramadan Daerah Bachok diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan belia yang lebih holistik dan berdaya saing.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan Oleh:
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search