- JBS Kelantan
- Hits: 20
PBSD, MBJ Bachok Dan MSN Kelantan Bergabung Dalam Merealisasikan Kejohanan Bola Tampar Pantai
- JBS Kelantan
- Hits: 20
BACHOK, 16 Februari 2026 – Pantai Melawi bertukar meriah dan penuh aksi apabila Kejohanan Bola Tampar Pantai Piala YB Pengerusi Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan 2026 berlangsung dengan jayanya pada 13 hingga 14 Februari lalu.
Kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan berbakat dari seluruh negeri ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah menjadi platform mengeratkan perpaduan komuniti melalui sukan pantai yang semakin popular.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Zaki bin Yusoff, Ketua Jajahan Bachok yang menzahirkan penghargaan kepada para peserta atas komitmen dan disiplin sepanjang kejohanan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa penganjuran sukan pantai seperti ini mampu memperkukuh perpaduan masyarakat serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia.
Turut hadir memeriahkan kejohanan ialah Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, yang terlibat secara langsung dalam pengelolaan kejohanan bersama Majlis Sukan Jajahan Bachok dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kelantan.
Seorang peserta yang ditemui menyifatkan kejohanan ini sebagai platform terbaik untuk menimba pengalaman dan menguji keupayaan. “Bermain di gelanggang pantai memberikan cabaran berbeza dan peluang untuk berkenalan dengan pemain dari daerah lain,” katanya.
Kejohanan ini diharap terus dianjurkan secara konsisten sebagai medan mencungkil bakat baharu serta mengukuhkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam komuniti.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan Oleh:
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
