Sukan Jadi Perantara Agensi Dan Pemegang Taruh Belia Bachok

BACHOK, 16 Februari 2026 – Kejohanan Boling Tertutup Bachok dan Jemputan 2026 yang berlangsung meriah di Lite SuperBowl JB7, MYDIN Tunjung, Kota Bharu semalam berjaya menghimpunkan penjawat awam dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dalam suasana penuh semangat kesukanan dan ukhuwah.

Kejohanan itu telah dirasmikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.

Kejohanan anjuran Majlis Belia Jajahan (MBJ) Bachok dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok itu telah menghimpunkan seramai 60 pemain yang mewakili 20 agensi kerajaan serta NGO dari seluruh daerah Bachok. Penyertaan yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memperkukuh hubungan antara jabatan dan NGO melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
Dalam ucapan perasmian, Encik Hazri Nizam menekankan kepentingan aktiviti sukan sebagai medium mengeratkan silaturahim, meningkatkan kesihatan serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan penjawat awam dan NGO setempat.

Pejabat Kesihatan Daerah Bachok telah muncul sebagai Juara diikuti tempat Kedua oleh pasukan jemputan dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU JPM) Kelantan manakala tempat Ketiga dimenangi oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Bachok. Pasukan-pasukan pemenang telah membawa pulang wang tunai beserta medal sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan mereka.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan Oleh:
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search