- JBS Kelantan
- Hits: 20
Bengkel Pertubuhan Belia Dan Sukan 2025 Perkukuhkan Tadbir Urus
- JBS Kelantan
- Hits: 20
PASIR PUTEH, 15 Februari 2026 – Bengkel Pemantapan Organisasi Pertubuhan Belia dan Sukan Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 13 dan 14 Februari 2026 bertempat di Faris Homestay & Chalet. Program ini menghimpunkan wakil-wakil persatuan belia dan sukan sekitar daerah Pasir Puteh bagi memperkukuh aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi masing-masing.
Bengkel ini memberi fokus kepada latihan berkaitan tatacara penyeliaan pertubuhan yang betul dan berkesan, selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) serta Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Melalui pengisian yang komprehensif, peserta didedahkan dengan prosedur pengurusan mesyuarat, penyediaan laporan tahunan, pengurusan kewangan serta pematuhan terhadap perlembagaan pertubuhan.
Program ini merupakan anjuran Kelab Rakan Muda Bandar Pasir Putih yang telah menerima Dana Belia Tahun 2025 dan menjadi platform penting dalam melahirkan pertubuhan yang lebih terurus, berintegriti serta berdaya saing. Selain itu, bengkel ini turut berperanan mengukuhkan jaringan hubungan dan kerjasama antara pertubuhan-pertubuhan belia dan sukan di daerah Pasir Puteh.
Dua penceramah berpengalaman telah dijemput bagi menyampaikan slot ceramah dan perkongsian ilmu iaitu Encik Mohd Khairi bin Ali, Mantan Pegawai Belia dan Sukan serta Puan Hasliza binti Mohd Zain, Pegawai Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Timur. Sesi interaktif yang diadakan memberi peluang kepada peserta mengemukakan persoalan serta mendapatkan penjelasan secara langsung berkaitan isu pengurusan pertubuhan.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan tadbir urus yang sistematik dan pematuhan kepada prosedur sebagai asas kelangsungan sesebuah pertubuhan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan berharap bengkel seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkasa gerakan belia dan sukan di daerah ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
