ARPRM Perkasa Sahsiah Dan PAJSK Pelajar SMK Sri Aman

PASIR PUTEH, 11 Februari 2026 – Satu sesi temu murni telah diadakan bersama Encik Mohammad Jamil bin Ismail, Pengetua SMK Sri Aman dan Puan Nurul Syazwani binti Mohammad Zahari, Setiausaha Kokurikulum sekolah bagi membincangkan pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) untuk para pelajar sekolah tersebut.

Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama rakan-rakan pegawai yang lain. Perbincangan tertumpu kepada perancangan pelaksanaan program, penyertaan pelajar serta kerjasama strategik antara pihak sekolah dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.

Program ARPRM merupakan satu inisiatif pembangunan sahsiah dan kepimpinan remaja yang memberi penekanan kepada empat komponen utama iaitu khidmat masyarakat, pembangunan kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak. Melalui penyertaan dalam program ini, pelajar berpeluang membina sahsiah diri yang lebih mantap, meningkatkan keyakinan diri, memupuk disiplin serta membentuk semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan rakan sebaya.

Selain itu, ARPRM juga membantu pelajar mengurus masa dengan lebih berkesan, berani mencuba cabaran baharu serta meningkatkan daya tahan mental dan fizikal. Penglibatan aktif dalam aktiviti yang dirancang mampu melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Diharapkan hasil temu murni ini akan membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara pihak sekolah dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dalam memastikan pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di SMK Sri Aman dapat direalisasikan dengan jayanya demi manfaat pembangunan holistik pelajar.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search