Jalinan Mesra, Sinergi Bermakna Di Kolej Vokasional Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 15 Februari 2026 – Satu kunjung hormat telah diadakan bersama Puan Norshuhaida binti Ab. Razak, Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Pasir Puteh serta barisan Guru-Guru Kanan bagi membincangkan pelaksanaan program pembangunan pelajar di kolej berkenaan.

Dalam pertemuan tersebut, penerangan berkaitan Program Rakan Muda Ramadan dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah disampaikan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Beliau menjelaskan bahawa kedua-dua program ini mampu menyemai nilai sahsiah terpuji, kepimpinan, kesukarelawanan serta jati diri dalam kalangan pelajar.

Selain memberi pengisian rohani dan pembangunan diri, penyertaan pelajar dalam ARPRM turut memberi manfaat dari segi pemarkahan PAJSK, sekali gus membantu meningkatkan pencapaian kokurikulum mereka secara lebih tersusun dan diiktiraf.

Pihak kolej turut merakamkan kesediaan dan sokongan untuk pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan di Surau Raudhatul Firdaus. Inisiatif ini diharap dapat mengimarahkan suasana Ramadan di samping memberi impak positif serta pengalaman bermakna kepada para pelajar.

Semoga jalinan kerjasama ini terus subur dan menjadi pemangkin kepada pembangunan belia yang seimbang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search