Mesyuarat Agong Tahunan Changgai Football Club

PASIR PUTEH, 10 FEBRUARI 2026 – Changgai Football Club telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi tahun 2026 pada 5 Februari 2026 lalu bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Kampung Changgai, Pasir Puteh.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan membentangkan laporan tahunan aktiviti dan kewangan bagi tahun 2025, di samping membincangkan hala tuju pembangunan bola sepak di peringkat setempat serta usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara kelab dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.

Mesyuarat Agung Tahunan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Dalam ucapan perasmian, “beliau menekankan kepentingan pengurusan kelab yang berstruktur, berintegriti serta berdaya saing, selaras dengan matlamat melahirkan bakat muda dan memperkasa pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi”.
Beliau turut menyeru pihak pengurusan kelab agar terus aktif merancang program pembangunan belia, memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta menjadikan kelab sebagai platform pembentukan sahsiah dan disiplin dalam kalangan pemain muda.

Mesyuarat Agung Tahunan ini mencerminkan komitmen Changgai Football Club dalam memastikan kelab terus bergerak seiring aspirasi pembangunan sukan daerah serta menyumbang kepada kemajuan bola sepak tempatan secara mampan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search